Sunday, January 3, 2010

Sikap Ahli Ilmu Akhir Zaman

Islam sangat menggalakkan umatnya menuntut Ilmu.Samada Ilmu dunia atau Ilmu akhirat.

Allah berfirman, maksudnya:" Allah yang menciptakan tujuh langit dan tujuh bumi, saperti langit, turun berkali kali perintah Allah antara langit dan bumi supaya engkau memperolehi ilmu, supaya kamu sekalian mempunyai ilmu, bahawa Allah itu kuasa atas segala sesuatu dan bahawa Allah sudah berilmu, sudah mengetahui segala sesuatu yang meliputi ilmu itu untuk segala sesuatu." (At Talaq:12)

Namun apa yang berlaku kepada sesetengah orang yang sudah mendapat ilmu ialah:-

  • Menimba ilmu Islam dari orang kafir di universiti universiti.
  • Menjadi sombong dengan Ilmu.Dia bukan makin merendah diri kepada Tuhan dan manusia.
  • Menggunakan ilmu sebagai mencari jawatan (saperti jawatan Mufti) atau kekayaan dunia atau pangkat atau untuk kepentingan politik dan diri sendiri.
  • Sudah dapat ilmu bukan menambah takutnya kepada Tuhan.
  • Ilmu yang dimiliki tidak pun dijadikan panduan hidup.
  • Dengan ilmu yang banyak tidak pun dapat berusaha menarik orang yang bukan Islam masuk Islam.
  • Mempunyai ilmu dalam satu bidang contohnya syariah tetapi berlagak pakar dalam bidang bidang lain.
  • Mereka sama mereka suka berbalah dan cabar mencabar secara terbuka mengakibatkan masyarakat awam jadi serba salah tentang siapa yang benar.
  • Mereka menjadi punca pemikiran masyarakat jadi haru-biru akibat "Fatwa" mereka yang sentiasa berubah ubah (mengikut selera mereka).
  • Ahli Ilmu yang beku dan jumud menyebabkan masyarakat cepat jadi jahat kerana ahli ilmu itu sendiri sudah jadi jahat
  • Ahli Ilmu gagal menjadi obor kepada masyarakat

Percaya ALLAH Tapi Tidak Kenal ALLAH






Orang yang percaya Allah, tidak kenal Allah
Allah tidak ada erti apa-apa kepadanya
Allah bukan tempat rujuk dan harapannya
Masing-masing akan bertawakkal dengan kerajaan

Apabila kerajaan tidak membelanya dia kecewa
Ada yang bersandar dengan kekuatan fizikalnya
Manakala fizikalnya sakit atau zaman tua dia putus asa

Tidak kurang yang bersandar dengan orang kaya yang menolongnya
Apabila orang itu mati dia tidak tahu hendak hidup
Dia mati akal, buntu fikirannya, mati jiwanya

Ada juga yang bertawakkal dengan usahanya
Apabila usahanya gagal, derita jiwanya, gelisah hidupnya

Ada yang bertawakkal dengan ilmu dan kebolehannya
Apabila ilmu dan kebolehannya orang tidak gunakan
Hilang akalnya, tidak tahu bagaimana mahu hidup, terseksa jiwanya

Ada pula yang bertawakkal dengan ibu bapanya
Kerana ibu bapanya kaya, ada harta
Jika kekayaan ibu bapanya sudah tiada dia kecewa mungkin putus asa

Tapi jika mereka-mereka yang bertawakkal dengan selain Allah itu berjaya
Datang sombongnya, angkuhnya sangat ketara
Ramai orang yang tersinggung dibuatnya