Saturday, August 22, 2009

Tips Semasa Menjalani Ibadah Puasa

1)Kurangkan pengambilan garam ketika sahur - Ini dapatmengurangkan rasa haus sepanjang hari
2)Kurangkan pengambilan makanan yang pedas ketika sahur - Untukmengelak rasa haus pada siang hari
3)Kurangkan makanan berlemak ketika sahur
4)Banyakkan memakan makanan yang mengandungi kandungan fiber yangtinggi (barli, gandum, oat) dan juga sayur-sayuran - Ini dapat menahan tubuh anda sehingga waktu berbuka puasa
5)Sekiranya anda sudah mengambil vitamin tambahan, jangan hentikan. Teruskan mengambil sumber makanan tambahan ini. Sekiranya anda tidak mengambil sebarang vitamin, cuba amalkan memakan kurma. Kurma dapat membekalkan nutrient yang penting dan ia juga baik untuk kesihatan badan
6)Banyakkan meminum air ketika sahur dan berbuka. Ini untuk mengembalikan air yang hilang ketika berpuasa.Diharap tips ini dapat menjadikan bulan Ramadhan anda lebih bermakna.

No comments:

Post a Comment