Tuesday, September 8, 2009

Pesanan Sesama Muslim

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Barangsiapa berdiri bersolat dalam bulan Ramadhan kerana didorong keimanan dan
keinginan memperolehi keredhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya
yang terdahulu."
(Muttafaq 'alaih)
Daripada Abu Hurairah r.a. daripada Rasulullah s.a.w., sabdanya:
Allah Azza wa jalla berfirman-dalam Hadis Qudsi: "Aku adalah menurut sangkaan hambaKu dan Aku akan selalu besertanya selama ia mengingat padaKu." "Demi Allah, nescayalah Allah itu lebih gembira kepada taubatnya seseorang hambaNya daripada seseorang di antara kamu semua yang menemukan sesuatu bendanya yang telah hilang di padang yang luas." "Barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sejengkal, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sehasta dan barangsiapa yang mendekat padaKu dalam jarak sehasta, maka Aku mendekat padanya dalam jarak sedepa. Jikalau hambaKu itu mendatangi Aku dengan berjalan, maka Aku mendatanginya dengan bergegas-gegas." (Muttafaq 'alaih)

No comments:

Post a Comment